Wednesday, July 8, 2009

Pantang Oh Pantang

Pantang... Merupakan pengalaman yang pertama. Tidak terlintas dalam fikiran untuk berpantang sebegini setelah berkahwin dengan lelaki berketurunan Jawa. Sememangnya mereka amat kuat dengan pantang. Alhamdulillah, tidak ada masalah dlm berpantang. Tidak la berat sekiranya orang sekeliling kita beri dorongan.

Mak lah orang tua yang beri panduan untuk berpantang. Tona (kakak aku) pun tidak berpantang sebegini ketat.

Antara pantang selepas bersalin adalah:

1. Jangan makan ikan yang gatal; ikan kembung; makarel; sardin; tuna; salmon; tenggiri
2. Elakkan makan makan yang berminyak.
3. Kurangkan minum air
4. Elakkan makan sayur yang sejuk seperti kangkung, sawi, pat choi, kailan.
5. Elakkan minum air sejuk.
6.

Tuesday, April 21, 2009

Terbentuknya sebuah keluarga


21 April 2009 pada jam 0:01 pagi merupakan satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan. Lahirnya seorang insan comel seberat 3.24 kg di Royal Maternity Hospital of Belfast. Anak lelaki kecil ini diberi nama, Muhd Naqiuddeen atau dengan nama manjanya Naqi.

Kelahiranya juga memberi sinar bahagia buat mak bapak (orang tua mertuaku) kerana si kecil inilah cucu pertama mereka. Sememangnya pada mulanya mereka menginginkan anak perempuan memandangkan mereka mempunya 7 anak lelaki. Tetapi itu tidak penting bagi mereka. Kelahiran seorang insan perlulah didik dengan baik agar menjadi orang yang beriman dan pintar. Tidak kira jantinanya.