Tuesday, April 21, 2009

Terbentuknya sebuah keluarga


21 April 2009 pada jam 0:01 pagi merupakan satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan. Lahirnya seorang insan comel seberat 3.24 kg di Royal Maternity Hospital of Belfast. Anak lelaki kecil ini diberi nama, Muhd Naqiuddeen atau dengan nama manjanya Naqi.

Kelahiranya juga memberi sinar bahagia buat mak bapak (orang tua mertuaku) kerana si kecil inilah cucu pertama mereka. Sememangnya pada mulanya mereka menginginkan anak perempuan memandangkan mereka mempunya 7 anak lelaki. Tetapi itu tidak penting bagi mereka. Kelahiran seorang insan perlulah didik dengan baik agar menjadi orang yang beriman dan pintar. Tidak kira jantinanya.